|
SEJARAH PENUBUHAN ISRAEL
.
Kurun ke-19 bermula dengan pengasasan gerakan zionisme yang meminta masyarakat antarabangsa kembalikan tanahair Yahudi yang merdeka di Palestin. Pada tahun 1917, Britain menyatakan sokongan terhadap idea tersebut. Pada tahun 1920, Leage of Nations telah meletakkan Palestin di bawah kekuasaan Britain dan Britain terus segera membuka peluang berhijrah kepada orang-orang Yahudi yang mahu tinggal di Palestin, meskipun ditentang oleh Arab. Pada 1937, Britain telah mencadangkan supaaya diwujudkan dua buah negara yang bersendirian iaitu Arab dan Yahudi. Cadangan ini diterima oleh Yahudi tetapi ditolak oleh Arab. Pada 1947 pula, Britain telah menyokong pelan pembahagian wilayah yang dianjurkan oleh PBB. Tatkala tamat penguasaannya ke atas Palestin pada tahun 1948, maka terdirilah negara Israel. David Ben Gourion telah dilantik sebagai Perdana Menteri pertama Israel. Negara-negara Arab yang berhampiran telah menghantar sejumlah tenteranya melawan Israel, tetapi gagal. Pada 1949, termeterai perjanjian gencatan senjata yang menyaksikan Israel menguasai lebih banyak kawasan, melebihi daripada apa yang telah diperuntukkan mereka dalam resolusi pembahagian silayah sebelumnya. Apa yang tinggal daripada Palestin, yang dikenali sebagai Tebing Barat, berada di bawah kekuasaan Jordan dan Semenanjung Gaza di bawah kekuasaan Mesir ketika itu. Selepas penubuhan negara Israel, pintu penghijrahan Yahudi telah dibuka seluas-luasnya. kira-kira 2 juta Yahudi dari seluruh pelusuk dunia datang ke Israel sekitar tahun 1962. Manakala beribu-ribu warga Arab berhijrah dari bumi Palestin yang dijajah Israel ke negara-negara berhampiran seperti Jordan, Lubnan dan Syria.
Sumber : Palestine History . |
||
Hakcipta © Mazuki Izani El-Besuty (8 April 2002) |
[Home] |
. |
|